Posted on Monday, January 31, 2011 | By: FIFO
Category :
Sembang kosong
Hari ahad baru-baru ni,kalau korang ada kt Malaysia,mmg 1 hari tu hujan saje la..dari KL ke Melaka ujan nonstop..dgr cerita Johor ngn Perak pun hujan.
Hm..bila hujan dah melarat2 panjang 1 hari,mmg biasanya mesti naik air la kt kawasan-kawasan risiko banjir ni termasuk Lubuk China selaku lokasi aku bekerja
So! aku post la sedikit2 gambar yg diambil semasa lawatan waktu lunch ke area banjir nih. Orang kata banjir ni bencana,bagi aku baik kita berfikir positif,post mortem balik..kenapa benda ni boleh berlaku,tak kan takde cara mengatasi kan?memadai ke dgn kaedah yg sedia ada?bukan kali pertama berlaku.rekod kan ade .betul tak?

Pintu utama untuk masuk ke Melaka dari Rembau.Kalau org datang kerja dari arah sini kene pilih arah Tampin or Simpang Ampat la

Bulatan paling sibuk di Lubuk China pun dinaiki air

Pengangkutan paling sesuai waktu ini adalah boat

Kedai siam selalu aku hangout makan mlm ngn member

Patutla harga mknn kedai siam ni agak mahal,sebab nak menampung kos banjir kot setiap tahun

Belakang tu sungai kecil je sepatutnya,habis menenggelami kawasan sekelilingnya

Kalau tak banjir pun,kawasan ni cuma tmpt tinggalan je,maybe disebabkan sebelum ni pun selalu berlaku banjir so dibiarkan semak mcm ni.rugi2

Projek tebatan banjir ni siap hujung tahun lepas,tapi tak cukup nak menampung air yg melimpah byk.Senang cerita,gagal juga la.hm..pihak yg bertanggungjawab tak buat kajian awal ke?
p/s:Tahniah utk u yg berjaya ditawarkan pensyarah di UiTM.Alhamdulillah..sbb tu title post ni banjir rahmat di Lubuk China;)