spoon

Recent Recipes

Banjir rahmat di Lubuk China

Comments (0) | Monday, January 31, 2011

Hari ahad baru-baru ni,kalau korang ada kt Malaysia,mmg 1 hari tu hujan saje la..dari KL ke Melaka ujan nonstop..dgr cerita Johor ngn Perak pun hujan.
Hm..bila hujan dah melarat2 panjang 1 hari,mmg biasanya mesti naik air la kt kawasan-kawasan risiko banjir ni termasuk Lubuk China selaku lokasi aku bekerja

So! aku post la sedikit2 gambar yg diambil semasa lawatan waktu lunch ke area banjir nih. Orang kata banjir ni bencana,bagi aku baik kita berfikir positif,post mortem balik..kenapa benda ni boleh berlaku,tak kan takde cara mengatasi kan?memadai ke dgn kaedah yg sedia ada?bukan kali pertama berlaku.rekod kan ade .betul tak?



Pintu utama untuk masuk ke Melaka dari Rembau.Kalau org datang kerja dari arah sini kene pilih arah Tampin or Simpang Ampat la


Bulatan paling sibuk di Lubuk China pun dinaiki air


Pengangkutan paling sesuai waktu ini adalah boat


Kedai siam selalu aku hangout makan mlm ngn member


Patutla harga mknn kedai siam ni agak mahal,sebab nak menampung kos banjir kot setiap tahun


Belakang tu sungai kecil je sepatutnya,habis menenggelami kawasan sekelilingnya


Kalau tak banjir pun,kawasan ni cuma tmpt tinggalan je,maybe disebabkan sebelum ni pun selalu berlaku banjir so dibiarkan semak mcm ni.rugi2


Projek tebatan banjir ni siap hujung tahun lepas,tapi tak cukup nak menampung air yg melimpah byk.Senang cerita,gagal juga la.hm..pihak yg bertanggungjawab tak buat kajian awal ke?


p/s:Tahniah utk u yg berjaya ditawarkan pensyarah di UiTM.Alhamdulillah..sbb tu title post ni banjir rahmat di Lubuk China;)








Read More......

Larangan ketika tidur

Comments (0) | Sunday, January 30, 2011


Hari isnin ni selalu org kerja panggil black monday.Biasala,hari permulaan selepas bercuti 2 hari ataupun sehari.apa yg kerja tertunggak minggu lepas hari kene buat.Apa boss minta mggu lepas,hari ni kena hantar.Memang agak tertekan lah sikit,biasala lumrah makan gaji. Bagi aku everydays is a same day,ikut mood kerajinan,tgh buat2 busy ni terasa nak post something plak.

So,pagi2 ni kurangkan sket pressure kepala tu ngn membaca sedikit tips yg aku sendiri olahkan dari sumber google;p.

Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dgn tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita. Tp ingat terlebih tidur pun tak elok.Disini aku cuba lampirkan beberapa tips larangan ketika tidur

Ada 5 LARANGAN DALAM TIDUR :

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.Lagi-lagi jam yang nyala dalam gelap tu(glow in the dark-mcm jam aku) memang mngandungi bahan radioaktif,tak silap aku nama unsur tu adalah thorium(perbetulkan kalau silap). Aku sendiri pun mmg ade cert dalam radioaktif mmg aku sahkan benar.ahaks

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA (buat perempuan dan juga zebra)
Yang ni aku tak tau,tp para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai bra lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.Biarkan la ia bebas pada waktu tidur ni kan;p


3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita.Selalu org gunakan hanphone sbgai loceng bgn pagi,elakkan la.jam loceng kan ade
J

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MENGENAKAN MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dpt bernafas.

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak bangun-bangun lagi (kerana dibunuh suaminya just kidding..haha)


Read More......

RumahKu SyurgaKu

Comments (0) | Monday, January 24, 2011


Merujuk kepada post yg lepas,aku ade menyatakan aku baru membeli rumah yg under construction.Di sini dilampirkan serba sedikit gambar rumah pertamaku ini..cewahh


Dijangka siap end of 2012 (terima kasih kepada yg tolong perbetulkan aku:p)

ni ler bata2 yg akan jadi dinding rumah nanti,masih berikat lagi


Mane pekerja2 kontrak ni???bata2 semua dah ready dah ni..kerja keras sikit!


23 Januari 2011


Peace!!;p


Baru rangka jek


Nak sapu sampah dah ke larling??



Show house (rumah contoh siap ade interior design)


Ni showroom..corner lot lak tu.harga pun boleh tahan tak mampu



Cantik gak reben2 tu kalau nk letak kat rumah nnt.huhu


Living room dgn karpet ala bulu2 kucing


Dining.tak makan kat rumah nnt tak tau la


Cuba try imagine..mcm mane la nnt nk cuci2 sawang kat siling n kipas tu


Hari ni rase nak mkn asam pedas tetel la yang..



Ini la serba sedikit gambar yg dapat di upload..aku memohon pembaca dpt doa2 kan semoga pembikinan dan urusan rumah ini akan berjalan lancar..aminn..
adios































Read More......

Tips membeli rumah baru

Comments (0) | Wednesday, January 19, 2011

Nak beli rumah baru?1st time nak beli rumah?tak tahu nak bermula dari mana?tak tahu mcm mane prosedur beli rumah?tak tahu nk jumpa siapa?tak tahu itu tak tahu ini.Hmm..itulah sedikit sebanyak yg bermain dikotak pikiran aku masa awal2 aku nk beli rumah baru,1st house pulak tu.Pada mulanya mmg susah,bila dah melaluinya sedikit sebanyak pengetahuan yg aku dh belajar. Alhamdulillah pada masa aku post ni,loan bank aku dah approve.Aku pilih rumah under construction sbb yg tu mmg sesuai dan berkenan ngn apa yg aku rancangkan(bakal orang rumah suka dapur rumah tu;p)Tggu rumah tu siap je la baru boleh masuk(dijangka end of 2012). Ok,pada post aku kali ini aku cuba nk kongsi lebih kurang pengalaman aku dalam tips2 untuk membeli rumah baru (bukan rumah lelong or rumah lama). Bak orang kata sharing is caring,walaupun poket kering..huhu.

Memang orang kata beli rumah ni tak rugi,harga makin naik,saiz pun makin kecik.dulu 120k boleh dapat semiD,tp sekarang baru lepas teres kos rendah.biasala harga barang makin naik.So,beli je rumah cpt2.Ada org beli rumah utk pelaburan,disewakan,bisnes dan bagi aku 1st house tu mmg buat utk tmpt tidur,mkn,berak aku la.Itu semua terpulang lah pada tujuan korang atleast post kali ni dapat membantu.

*p/s: Tips ini sesuai utk membeli rumah baru yg under construction (maksudnya 1-2 tahun lagi baru pemaju siapkan)

Pemilihan rumah/kawasan/tapak

1. Ok!mula2 ape yg paling penting kita perlu mesti la cari rumah,pemilihan rumah sesuai dgn kita.Rumah ni ada byk jenis,antara yg biasa kita tau

· Teres setingkat-sesuai utk keluarga kecil or bajet yg kurang ataupun utk disewakan kepada org.rumah teres pun dh banyak jenis pening jugak nak explain

· Teres 2 tingkat-sesapa suka tangga,or rumah yg tak besar tak kecil boleh la jadikan jenis ini sebagai pilihan,Tak lupa juga teres 3 tingkat pun ada.

· Semi detached – ataupun org panggil SemiD,sesuai utk orang yg suka outdoor decoration,boleh la gardening sikit2 sebab ada tanah.Juga boleh didapati dgn setingkat or 2 tingkat.

· Apartment – selalu didapati di kwsn bandar2,lembah klang,melaka.banyak jenis apartment yg ada tp jgn konfius kerana rumah flat pun dipanggil apartment tetapi apartment kos rendah la.dan kondo pulak dipanggil apartment kos tinggi;). Jika di kawasan bandar rumah ini sgt sesuai disebabkan harga yg lebih rendah berbanding rumah di atas tanah.

· Bungalow- Orang yg mempunyai rezeki lebih beli la rumah ini tp jgn boleh jadi isu SPRM pulak. Nnt ada ditangkap sbb rumah berjuta2;p

Dan byk lagi la jenis rumah, Yg penting bersesuaian la dgn size family or kemampuan masing-masing.

Seterusnya tgk pulak kemudahan kwsn rumah tu:-

· Pilihla rumah yg berhampiran dgn tempat kerja atleast dpt jugak kurangkan kos pengangkutan dan minyak,minyak pun kita taktau berapa nnt harga.

· Lepas tu pilih la lokasi yg strategi dimana kawasan yg berpotensi utk maju or membangun supaya harga rumah dan kadar sewa meningkat pada masa depan.

· Kawasan yg berhampiran dgn bandar mmg la strategik.dekat dgn bank,dekat dgn pasar,dekat dgn pejabat pos,kedai mkn.sgt mudah

· Komunikasi pun penting !line handphone pastikan di kwsn rumah tu ada,ada 3G,4G ape sume2 tu la.negeri kan dah maju kene la ada semua tu;p

· Cari kwsn kurang risiko jenayah.jgn la beli kwsn merah(jenayah tggi).Asyik kene rompak je nanti.

· Kalau anak2 dah bersekolah pilih la kwsn yg berhampiran sekolah-sekolah

Sudah ada pilihan rumah,langkah seterusnya ialah kajiselidik pemaju

· Pilihla pemaju yang sudah establish atau syarikat yang besar-besar,lagi elok kalau tersenarai di Bursa Malaysia cth macam SIME UEP,Negara prop dll. Kalau pemaju yg tak berapa nak kenal tgk la rekod2 lamanya,tgk kewangan company,tgk projek2 last mereka.kot2 la ada saman lewat ke.

· Macam mane nk tgk rekod?tgk la di website,Tanya pada bank-bank yg selalu berurusan dgn company pemaju tersebut ataupun pergi je ke main office pemaju tersebut.

Rumah dh ok,pemaju pn ok.langkah seterusnya booking dan buat loan

· Macam biasa bila dah confirm,utk booking mestilah ada bayaran.Booking ini ibarat mcm rumah tu telah di cop oleh korang la.Rate utk booking biasanya dlm RM300-RM1000,tgk kepada pemaju dan jenis loan di buat.

· Lagi elok booking masa hari launching,or pada masa2 di mana pemaju itu member i promotion ,untungnya masa ni ialah kadang2 pemaju menawarkan legal fee(lawyer fee) percuma ,rebate berpersen-persen,dapat aircond free,mcm2 lah.

· Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan
samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.

· Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman,
interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau
konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan <>

· MRTA - Insuran untuk cover loan (wajib) - boleh bayar cash atau masuk
dalam loan (one lump sum).Kalau beli muda2 lagi untung kerana bayaran tu lebih rendah.

Cari peguam

· Lawyer Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya
free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.

· Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau
suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada
jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit
stem, photostat dan lain-lain documentations.

Pengeluaran KWSP

· Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama
atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.

Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara
harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan
jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.

Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.

10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 +
RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua
simpanan itu. Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000
saja (sebab dikira yang terendah).
Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan
kita nak ambil. Kalau akaun2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran : i. borang
permohonan, ii. salinan S&P, iii. salinan I.C. iv. salinan surat tawaran
loan. Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap
3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.

Lain-lain hal.

· Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena
masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri,
pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment
pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam
S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause
bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung
walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak
pemaju atau pihak bank.

· Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar
failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian
hari.

· Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju
akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau
sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum
dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari
melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi
mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh
tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.

· Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke.
Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).

Fuh,panjang cerita,hampir 1 minggu utk buat post ni:p


Read More......

Blog terbengkalai di tahun baru..

Comments (0) |

Akhirnya! terbengkalai balik blog ni..semua ni disebabkan kesibukan kerja dan tiada masa yg sesuai boleh aku luangkan utk blog wikipadia ni lagi2 pada awal tahun.minta maaf kepada semua pembaca kerana kelewatan post baru(aku rasa ade sorang je pembaca setia - i know u know;p) ok2,lupakan sebentar

Aku rasa masih belum terlewat lagi utk aku mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!

huhu..
Bila masuk 2011 je,mesti orang akan sibuk dgn azam baru,sana sini org akan tnya ape azam baru..sekarang ni pulak dah senang,org selalu tulis azam kat facebook je,semua azam kawan2 kita boleh tau..banyak aku terbaca azam friend2 aku kat fb ni termasuk la tahun 2011 ni nak berhenti merokok la(ehem2), nak kawen la(ehem2 jugak), nak kuruskan badan la(ehem3), nk lulus periksa la, nak beli kereta baru la, nak beli rumah la, nak abes bayar utang along la..byk lg la la la la. Hebat!Azam ni bagus,boleh jd sebagai penanda aras kejayaan kita bagi satu tahun nih,boleh dijadikan piawai.kalau kerajaan tu boleh dipanggil KPI la..tp kite kene ingat,azam tu kalau boleh jgn la jadi seperti hangat-hangat tahi ayam,tak elok.busukk tu..kalau korang nak berhenti smoking,berhenti betul2..tipulah kalau kata tak boleh.aku sendiri boleh bagi testimoni..mcm aku lebih kurang 11 tahun smoking.boleh berhenti tanpa ambil apa2 ubat pun.ubat yg aku pakai hanyalah komitmen kita sendiri je.percayala..sama jugak mcm nak kawen,komitmen tu kene ade..kumpul duit,plan betul2,InsyaAllah boleh.Sama juga la mcm yang lain-lain tu(wahh,leh ambik lesen motivater aku ni)

Tapi bagi diri aku pulak sebenarnya takde pn azam tahun baru.Tak terpikir lak.Bagi aku azam aku adalah pada setiap malam sebelum tidur.Sbb bagi aku angan2 aku tu lah azam aku sendiri,angan tu lah jadi inovasi,motivasi,dan vasi2 lain lg lah utk aku mengatur hidup aku. Dari angan2 la aku dapat kerja,dapat kereta,dapat awek, dapat bini(coming soon). Org dulu2 kate jgn jadi seperti angan2 mat jenin..tapi kalau korang nak tau kuasa angan2 ni boleh merekacipta kereta.betul tak?sebab tu la moto bagi honda "The Power of Dream";)
Tapi aku jugak ada sasaran utk tahun baru ni.InsyaAllah tahun 2011 ni aku akan tamatkan zaman bujang trang tang tang aku ni dgn orang yg dikasihi(sob3..nangis waktu akad nikah).Bina hidup baru dan tanggungjawab aku pun pulak akan bertambah.Aku berdoa semoga tahun ni akan berjalan dgn lancar dan success!! Aminn...(cukup2 dulu story pasal ni;p)

Dan ape2 pun sepatutnya lebih afdal azam tahun baru tu pada awal Muharram baru betul.Ni kita dah terikut2 orang putih duk seronok sambut 1 Januari tu..habis duit kerajaan beli bunga api;)
Ok la..sambung topic ni pada end of 2011:p


Read More......

Pages

About Me

My photo
First In First Out

Followers

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Search This Blog